teladan drpd legenda parsi pra islam

dalam usaha menghabiskan suatu buku yang berkenaan dengan budaya masyarakat tamadun-tamadun yang lain. saya baca tales and legends of ancient persia. sifat cerita tu macam retorik, berulang kali diulang pasal ketokohan panglima dengan raja-raja. dan orang raja-raja keturunan dia susur galur dari kerabat diraja, mesti waktu kelahirannya hebat-hebat. yang puteri mesti cantik-cantik, ada perhiasan mewah. kalau yang putera, dari kecil lagi dah handal dengan selok belok berlawan. tinggi, tegap tu adalah karakteristik yang sama bagi setiap anak raja. yang tampan dan sebagainyalah. cuma ada satu cerita yang menarik sedikit. anak raja sam, yang baik dengan raja feridun, anak raja itu namanya zal, berambut putih. itu sahajalah yang ajaib pun.

lagi satu, ada cerita tragis, bila seorang pahlawan raja rustem namanya, terbunuh anak sendiri. ceritanya cam ni. ada tiga empayar dalam parsi tuh, yang paling berkuasa bahagian tengah parsi. bahagian tengah parsi ini orang yang baik-baik, dan menyembah tuhan yang baik, namanya ormuzd (mengikut legenda parsi tulah). yang bahagian yang dua lagi tu, turanian dengan satu lagi, tak berapa ingat, sembah ahriman, tuhan yang jahat, yang menciptakan segala macam jenis kejahatan. kalau ormuzd ni cipta yang baik-baik, ahriman akan cipta yang jahat-jahat. ini sekadar legenda dan saya cerita ini sekadar pengajaran saja.

rustem kahwin senyap-senyap dengan tahmina, saudara garsivaz, yang ada hubungan kekeluargaan dengan afrasib, raja tur yang dipengaruhi ahriman. tahmina ini baik, tak macam afrasib dan garsivaz. takut perkahwinan tu akan dikecam sampai keselamatan anaknya terancam, disuruhnya orang lain tolong jagakan nasib anak tu. sampailah anaknya besar, anaknya nama sohrab, sohrab ni jadi tampan dan gagah macam bapanya dulu. afrasib pula sedar akan kewujudan sohrab yang hebat ni, ada tanda-tanda pahlawan yang gemilang, lalu hantar perisik untuk siasat latar belakang sohrab. bila dapat tahu sohrab ini anak rustem, dihantarnya anak tu berperang dengan rustem. supaya anak-beranak tu takkan kenal antara satu sama lain. menurut afrasib, kalau rustem mati, negara tur takkan ada musuh lagi. kalau sohrab mati, rustem akan asyik bersedih sebab tersilap bunuh anaknya dan akan jadi lemah.

rustem pun sebenarnya sedar yang budak itu anak seorang puteri di tur yang mungkin ada kaitan dengan anaknya, mungkin budak itu anaknya. tapi sebab sohrab ini cepat dewasa dan matang, pada anggapan rustem, bila dihitung umur anaknya, mustahil sohrab akan jadi tinggi macam tu. jadi dia tak ambil kisah dan dia lupa sebenarnya dia juga macam sohrab masa muda-muda dahulu, yang sohrab ini pula agak teruja bila dapat tahu bapanya akan berperang sama, sebab tujuannya berperang nak jumpa dengan bapanya sendiri yang dah lama terpisah.

masa berlawan, rustem dan sohrab berlawan sama-sama. sohrab asyik tanya- kenal tak rustem? rustem ni malu nak mengaku sebab selama ni banyak panglima dewasa yang kalah bila berlawan dengannya, tapi dengan budak ini, lambat sungguh nak dikalahkan. jadi katanya, rustem tak ada di sini. sampailah senjatanya tikam sohrab, baru sohrab kata, -jaga-jaga, kalau bapa saya tahu, mesti dia tuntut bela atas kematian saya. awak jangan main-main, bapa saya orangnya handal, bukan sembarangan orang.

rustem agak hairan, dan bertanya-bapa awak siapa? jawab sohrab, rustem. rustem menangis macam nak raklah jawabnya. baru dia mengaku, saya rustem. jadi sohrab katalah, sepatutnya saya ikutkan kata hati, hati saya kuat katakan awak bapa saya. rustem minta orang untuk minta raja kavus, untuk hantar ubat khas untuk sembuhkan luka anaknya. tapi kavus enggan, sebab tamak dan takut anak-beranak yang hebat tu akan gulingkan dia dari takhta. dan dia enggan akui kebodohan dia dalam strategi perang. jadinya sohrab itu mati sebab tak ada ubat untuk sembuhkan luka tu.

bila merenung cerita ini, kita dapat tengok orang bodoh tak pernahnya mengakui kebodohannya. malah tamak pulak tu. takut digulingkan dari takhta. padahal rustem ini berkorban selamatkan nyawa kavus daripada ahli sihir yang kejam. rustem buat macam-macam untuk pertahankan keselamatan negara. terkadang kavus paksa rustem ikut perintahnya, tapi rustem tak mahu. selalunya strategi kavus tak pernah berjaya, itu yang buatkan dia rasa cemburu dengan rustem. dia tak mahu rustem dan anaknya berpakat jadi kuasa terhebat, padahal tak pernah terlinats di hati rustem untuk memberontak.

dan satu lagi, nilai baik yang ada dalam legenda ni, orang parsi sentiasa mengingati tuhan mereka, ormuzd. bila nak bercakap dalam sesuatu hal, mendoakan orang lain, pasti didahului dengan nama ormuzd. selalu yakin bahawa ormuzd sentiasa bersama orang yang benar. dan tak pernahnya membuka pekung ahli keluarga sendiri. rahsia keluarga ditutup rapi. situasi ni jauh bezanya dengan masyarakat kita sekarang ni. perihal rumah tangga bergolak dicanangkan kepada jiran-jiran. bertekak dengan kaum kerabat sendiri depan jiran-jiran. orang parsi sentiasa kasihkan darah daging sendiri. kita? anak sendiri didera teruk-teruk, bukan bertujuan untuk mengajar, tapi nak lepaskan tekanan kerja di pejabat. ada pula yang jadi haruan makan anak (nauzubillah). ingat tuhan jauh sekali. lidah tu cuma melantunkan perkataan yang buruk-buruk. kalau ada insyaallah sekalipun, hanya di mulut, tak dizahirkan melalui perbuatan dan tak disemai dalam hati.

dalam national georaphic, ada seekor gajah jantan, bila anaknya mati, asyik duduk seorang diri. sisihkan diri daripada kumpulan besar. berdiri sebelah bangkai anaknya yang mati tu, asyik kuis-kuis bangkai anaknya. bukan sekejap saja berdiri, hampir dua hari lamanya, tak makan, tak minum. punyalah sayang dengan anaknya tu. kita? hmm..itulah, macam yang saya cakap tadi, haruan makan anak. binatang sendiri jaga anaknya elok-elok. kalau penguin, yang jantan bertarung nyawa dalam musim sejuk untuk eram anak, yang perempuan pergi merantau jauh-jauh untuk cari makanan. habis musim sejuk, bergilir-gilir jaga. anak zaman sekarang? tempatnya di pusat mengasuh. terkadang sibuk sangat, jadinya asyik tinggalkan anak di sana, sampai anak rapat dengan bibik, dengan pengasuh dsb.

orang parsi kalau nak berbuat apa pun, mesti diucapkan dengan nama ormuzd. kita? bila nampak makanan depan mata, bismillah juga lupa nak ucap. mentekedarah habis-habisan. nak naik motor, kereta, dengan marah-marah, barangkali terlalu seronok. punyalah payah nak jumpa orang yang berdoa sebelum memandu kenderaan. mungkin doa tak ramai yang tahu, tak apalah, tapi ucapkanlah bismillah. juga tak ramai. bila hidup tak selalu ingat tuhan, mulalah kita mengeluh bila ditimpa kesempitan dalam hidup. semua puncanya sebab kita sentiasa lupakan-Nya. jadi musibah ditimpakan supaya kita sedar siapa kita sebenarnya. jangan selalu lupa diri. orang parsi, contohnya dalam keadaan sam yang bersedih bila anaknya, zal, tiba-tiba dilahirkan berambut putih, dia merintih kepada ormuzd...-ampunkan salah silap saya, ormuzd. kalau sebab salah silap sayalah yang jadi punca anak saya berambut putih macam ini, saya minta ampun....andai saya ingkar kepada awak dan terpengaruh dengan ahriman.-

kita? bila ditimpa musibah, mulut itu tak lepas-lepas mencarut, mengeluh, memaki, salahkan takdir. bukannya nak muhasabah balik apa salah kita sampai ditimpa musibah macam tu. saya tahu tak semua yang macam itu, tetapi bagi siapa yang buat macam tu, sedarlah. kita ada agama. saya cakap bukan sekadar suka-suka tegur orang ikut suka hati saya, ini juga sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. bukanlah kita nak asimilasikan budaya parsi sebelum kedatangan islam ni sepenuhnya, tapi, kita punya akal, bila membaca cerita dongeng macam ni pun, sepatutnya apa yang kita baca pantulkan balik kepada diri sendiri. ambil nilai murni. bukannya terus kutuk-kutuk budaya mereka yang menyimpang. bukan kita percaya ormuzd dalam kehidupan sebenar. bukan. cerita ormuzd hanya sekadar dongengan, cuma kita ambil nilai-nilai murni yang ada dalamnya. contohnya, dalam setiap perbuatan, ucapkanlah bismillah. bila ditimpa musibah, kita muhasabah. jangan buruk sangka dengan orang lain. tepuk dada tanya iman, bukan tanya selera.

Comments