Al Qiyaamah Details

Tanda-Tanda Yang Boleh Dilihat Oleh Orang Mukmin

Dajjal
-Mata kanannya terhapus, dan dia akan mengembara ke seluruh pelosok dunia.
-Dari perkataan ‘Dajlun’ bermaksud penutup, dia menutup kebenaran dengan kebatilan
Al Masih iaitu gelaran yang diberikan juga kepada Dajjal membawa maksud lain, iaitu hapus.


Ciri-ciri Dajjal:
-Daripada kaum Yahudi asalnya
-Berupa syaitan
-Dikelilingi syaitan
-Diikuti 70 000 orang Yahudi

Dari pandangan jauh
-Pendek rupanya
-Berbadan besar
-Berkulit merah kecoklatan
-Berkepala besar
-Berambut keriting kasar
-Hujung tapak kaki dekat tetapi dua tumitnya berjauhan, kakinya sangat menjarak antara kiri dan ke kanan.

Dari pandangan dekat
-Seperti syaitan
-Mata kanannya terhapus
-Tidak beralis
-Mata kirinya berwarna hijau bersinar, membulat, cair dan menjulai keluar
-Antara dua matanya terdapat huruf Kaf Fa Ra yang boleh dibaca setiap yang pandai atau yang buta huruf.

Tempat kurungan Dajjal sekarang :
-Terperangkapnya ia di negeri di barat iaitu Khurasan-sempadan Rusia dan Iran yang berdekatan dengan Desa Yahudi di Isfahan.

TEMPOH TIGA TAHUN YANG SUSAH.
Allah menahan sepertiga isi langit dan bumi pada tahun pertama
2/3 isi langit dan bumi ditahan pada tahun kedua
Keseluruhan isi langit dan bumi ditahan pada tahun ketiga

Waktu itu, manusia hanya mampu hidup berbekalkan tahlil, tahmid, dan takbir.
Waktu itulah Dajjal keluar dan melakukan fitnahnya. Dajjal berjalan di seluruh penjuru selama setahun, 2 bulan dan 2 minggu.




TANDA DAJJAL KELUAR.
-Keringnya Tasik Tiberia
-Habisnya kurma negeri Baisan ( antara negeri Palestin dan Jordan ) selepas perang Armageddon setelah ditakluki oleh Syam.
-Kemarau, kelaparan, bencana,mahal harga barang dan berkurangnya agama manusia
-Kerosakan umum, ketidakstabilan politik, krisis antarabangsa

Fitnah Dajjal bersifat syaitani, dan lemah pengaruhnya terhadap orang mukmin.

Ia keluar waktu semua orang kelaparan, ia mendakwa kebaikan yang ada pada dirinya, kemudian mendakwa kenabiannya, kemudian yang terakhir sekali mendakwa dirinya selaku tuhan. Saat itu terhapuslah mata kanannya dan timbullah di atas keningnya Kaf Fa Ra. Saat itu berlarianlah manusia yang mempunyai akal dan tahulah akan sifat dan apakah jenis makhluk Dajjal itu. .

Dajjal bersama pendeta Yahudi menyediakan sembelihan di Candi Sulaiman ( barangkali di tapak Masjidil Aqsa seperti yang didakwa Rejim Zionis) yang baru selama 7 hari tetapi ditolak oleh Allah.

Ia keluar lalu melambaikan roti, ia mempunyai gunung roti dan sungai air untuk minum. --Waktu itu terpedayalah orang yang materialistik, bersyahwat dan pencinta dunia.

-Orang yang tidak kuat imannya janganlah berdiri di hadapan Dajjal. Hanya orang yang mempunyai keyakinan yang sempurna boleh menghadapinya.

-Dajjal ini tidak boleh memasuki Makkah dan Tibah kerana dihalang oleh malaikat dengan pedang yang berkilauan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadis Hassan, Nabi Muhammad SAW mengetukkan tongkatnya di atas mimbar beberapa kali sewaktu berkhutbah di Madinah, dan sabdanya “ Inilah Tibah, inilah Tibah,” (Madinah itu juga dikenali sebagai Tibah)

HADITH HASSAN
“ Ia (Dajjal ) menaikkan seseorang ke tempat tinggi dan bertanya apakah Istana Putih itu? Itulah Istana Ahmad” ( masjid nabi SAW sedangkan ketika nabi berkhutbah masjid nabi itu hanya dibina dengan tiang kurma dan batu kerikil dan pelepah tamar tetapi kini kita boleh lihat bahawa masjid nabi SAW kini dibina dengan batu dan berwarna putih seperti yang disabdakan nabi SAW ). Ia ingin masuk tetapi dihalang. Lalu ia mencari tempat lapang. Madinah bergoncang sebanyak tiga kali lalu keluarlah orang fasik menuju ke arah Dajjal. Maka sucilah kota Madinah dari orang fasik dan a’si.

Sebagai panduan,
-Bacalah surah al Kahfi iaitu ayat 10 terakhir surah itu untuk melindungi diri, sedikit doa khusus.
-Berlari ke Makkah atau Madinah.

FITNAH DAJJAL:
“Andai aku bangkitkan ibu bapa kamu, apa kamu akan mengaku aku ini tuhan?” Setelah orang Badwi berkata ya, maka muncullah syaitan menyerupai ibu bapanya dan ibu bapanya itu memintanya supaya mengakui Dajjal sebagai tuhan.

-Ia akan memerintahkan langit menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Ia mendesak bumi agar menumbuhkan pokok, maka tumbuhlah pokok.

-Sesiapa yang mendustakan Dajjal, maka musnahlah binatang ternakan. Bagi yang mengakui ketuhanannya, maka negeri itu digemukkan binatang ternakan dan beroleh nikmat.

Sewaktu hendak mendirikan solat, Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa AS agar mengimami solat, tetapi Nabi Isa AS menolak. Setelah selesai solat, muncul Dajjal di muka pintu. Maka melelehlah Dajjal lalu mencair dan melarikan diri ke timur kota Lud, Palestin. Isa AS mengejarnya dan berkata “Sesungguhnya aku berhak mengajarmu dengan satu pukulan” dan kemudiannya membunuh Dajjal dan memperlihatkan darahnya Dajjal itu.

Lalu Isa AS akan menjadi pemimpin yang adil dan bijaksana, menghancurkan tanda salib, menghapuskan zakat, permusuhan, kedengkian, membuang bisa daripada binatang, mewujudkan hanya satu agama iaitu Islam, orang Quraisy mulai berkuasa, barang-barang menjadi murah dan dengan memakan sedikit makanan juga akan mudah kenyang.

Nabi Isa AS

Isa AS akan turun di Menara Putih iaitu al-Mannarah al-Baidha di timur Damsyik.
Nabi Isa AS pula digelar al Masih kerana diberi mukjizat oleh Allah untuk berkuasa memulihkan penyakit sopak.

Isa AS akan hidup di bumi selama 7 tahun hingga 40 tahun setelah membunuh Dajjal dan Yakjuj serta Makjuj. Isa AS turun dari langit untuk membunuh Dajjal dan mengalahkan orang Yahudi. Orang Yahudi yang menyorok di balik pokok juga tewas. Tatkala itu, batu dan pohon menunjukkan tempat sembunyi orang Yahudi kecuali pohon Ghardaqah atau Gharqada ( saya kurang pasti ) iaitu pohon berduri di Palestin. Sebab itulah bangsa Yahudi cukup rajin untuk menanam pokok ini dengan harapan ia dapat menyelamatkan mereka dari ditangkap dan dibunuh oleh tentera Muslim.

Isa AS turun untuk menghancurkan tanda salib, membunuh babi dan cukai Jizyah(cukai untuk orang kafir yang menerima perlindungan dalam negara Islam) dan tidak menerima agama selain islam atau pedang.

Mengenali Isa AS :
-Bersusuk tubuh sederhana
-Kulitnya putih kemerah-merahan
-Turunnya ia dengan memakai dua lapis pakaian yang kekuning-kuningan yang dicelup dengan wangian
-Kepalanya seperti menitiskan air walaupun tidak basah
-Tatkala turunnya ia meletakkan tangannya di atas sayap-sayap malaikat
-Bila dia menganggukkan kepalanya, maka jatuhnya titisan air
-Bila diangkatkan kepalanya maka jatuhlah butir mutiara
-Rambutnya panjang terurai antara bahunya
-Rambutnya kelihatan basah
-Umurnya kira 33 tahun

HIKMAH PENURUNAN ISA AS
-Membatalkan dakwaan orang Yahudi bahawa mereka telah berhasil membunuh Nabi Isa AS.
-Dan membantah dakwaan orang Yahudi bahawa dirinya adalah tuhan.

Bumi kembali seperti sediakala, maka Isa AS akan berkahwin. Barangkali ia akan tinggal di bumi selama 7-40 tahun.

Keluarnya Yakjuj Makjuj-Orang Tartar Dan Scandinavia

-Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
-Asalnya dari kelompok bangsa Turki, Cina, Rusia, Jepun dari keturunan Yafith bin Nuh
-Keturunan Afrika dan India pula berasal daripada Ham bin Nuh
-Keturunan Melayu, Indonesia, Arab, Parsi, dan Rom pula berasal daripada Sam bin Nuh.

Bangsa Turki dan Mongolia. Cirinya ialah :
-Bermuka lebar
-Bermata kecil (sepet)
-Berambut coklat gelap (dark brown black)
-Bentuk muka mendatar

Dinding pembatas Yakjuj dan Makjuj
-Tebal teguh dan tinggi menjulang daripada besi dan tembaga
-Letaknya antara dua gunung yang besar
-Lokasinya mungkin di simpang Turki (Armenia dan Azerbaijan) dan Rusia
-Dekat Pergunungan Kaukasus (tinggi pergunungan itu ialah 1000-3000 m)

Yakjuj dan Makjuj sangat ganas
-Memusnahkan penduduk bumi
-Mengeringkan air sungai
-Orang Muslim menyalakan api selama tujuh tahun untuk berlinding dari mereka
-Nabi Isa akan terkepung di Bukit Tursina dengan ketiadaan makanan
-Yakjuj dan Makjuj akan mati apabila setelah Allah mengirimkan ulat dari langit yang akan memamah mereka.

Terbitnya Matahari Dari Barat
Matahari telah pun meminta kepada Allah untuk terbit dari tmur dan terbenam di barat. Namun suatu hari, Allah menyuruhnya agar terbit di barat, kemudian ia terbit dari timur seperti biasa dan terbenamnya di barat seperti biasa. Ia sebagai tanda bahawa pintu taubat sudah tertutup.

Keluarnya Al Dabah
Ia keluar sewaktu Dhuha setelah matahari terbit dari barat. Ia akan mengecop manusia untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang kafir sebagai penyempurnaan maksud penutupan pintu taubat.

Ia akan memberi kekang kepada hidung orang kafir dengan Tongkat Nabi Musa AS. Dan menyinari wajah orang mukmin dengan Cincin Nabi Sulaiman AS.

Ciri-Ciri Al Dabah
-Haiwan yang bertubuh besar
-Berbulu panjang
-Larinya sepantas kuda
-Mempunyai beberapa kaki
-Mengulang perkataan bahawa manusia sudah tidak yakin lagi dengan ayat-ayat Allah
-Memekik antara Maqam Ibrahim dengan Hajarul Aswad sambil menebarkan tanah di kepalanya sehingga manusia bertempiaran lari
-Hanya Muslimin yang teguh imannya tidak akan berganjak

Keluarnya Asap
-Asap itu akan berada selama empat puluh hari
-Setelah adanya kemunculan asap, datanglah angin lembut dari Yaman yang akan mencabut setiap nyawa orang mukmin dan akan menyiksa nyawa setiap orang kafir.

Comments